04 Oct 2018
Pengalaman saya dan kawan-kawan, kami dari Malaysia mendaki gunung Batur Bali Indonesia berkhemah untuk satu malam di kaki gunung Batur memang best. Pakej yang saya ambil camping + hiking + Hot spring dengan harga 80 usd seorang, harga termasuk driver, guide, khemah, makan malam, sarapan pagi dan hot spring.. Apa yang kami bawa hanyalah backpack kecil, jacket, baju dan seluar 2 pasang.. Pada hari pertama driver kami Mr Arman pick up pada pukul 1pm dari hotel perjalan mengambil masa 4 jam sebab kami berhenti makan D,Alas restoran dan akhirnya kami sampai di kaki gunung pada jam 5 lebih dan diberi taklimat, selepas selesai taklimat guider kami Mr Ketut Lama membawa kami dari dari kaki gunung terus ke khemah hanya mengambil masa 15 minit dan akhirnya sampai.. Pada malam itu kami disediakan makanan oleh chef Mr Paing disajikan Nasi putih sup sayur dan ikan goreng disertakan Kopi o panas dengan teh o panas dan pisang. Selesai kami makan kami terus tido sebab kami perlu mendaki pada pukul 4 pagi untuk naik ke puncak yg hanya mengambil masa 1 jam atau 2 jam atau mungkin lebih depand pada stamina masing2, tetapi kami mendaki hanya 1 jam sahaja cuma perlu diingatkan malam perlu bawa head lamp. Sampai di puncak kami disediakan pula sarapan pagi dengan air kopi, pisang, roti, chocolate bar dan telur rebus sambil menunggu matahari terbit. Selesai kami pun terus turun ke khemah kami, sampai dikhemah kami bersiap2 berangkat pulang ke kaki gunung, sesampai di kaki gunung driver kami Mr Arman dah menunggu kami dibawah jadi dibawa kami ke Hot Spring tanpa perlu bayar tiket masuk kerana pakej kami dah termasuk. Hanya cuma deposit sebanyak 100k sebab didalam ada restaurant dengan bar.. Selesai mandi kami pun dibawa pulang.. Kalau pada sesiapa yang nak ambil pakej berkhemah+mendaki saya sarankan anda cari la Pak Jerro...
Or you can wassup Mr jerro at +62 878 6200 4154.